Thursday 31 March 2011

LOKASI PENGAMBARAN:
KLIK
SINOPSIS KELONG KASIH: sebuah karya – badrul munir md.isa (pak abang)

Lautan luas yang serba mencabar merupakan sebahagian alam ciptaan Allah untuk manusia di muka bumi. Di lautan luas inilah Allah yang Maha Pencipta mengurniakan kepada manusia berbagai khazanah laut sebagai sumber kelansungan hidup. Tanpa terciptanya laut, pastinya manusia tidak akan hidup di muka bumi ini.
Mengamati keindahan lautan luas yang indah sejauh saujana mata memandang pastinya mengasyikan, biarpun garang dan sesekali ganas ombak laut bergerak di atas kehendak PenciptaNya. Namun di sebalik garang dan ganasnya ombak laut itu diciptakan Allah berbagai keindahan dan kenikmatan hidup untuk manusia di dasarnya.  
Farid  bekas seorang penyelam pfrofesional menggengam dan mengerti erti rahmat laut kurniaan Allah untuk manusia. Bersandarkan pengalaman sebagai penyelam dan menghayati erti rezeki kurnia Allah. Farid berhenti dari menjadi penyelam profesionol. Farid mengorak langkah membina kesenangan dengan mengaut secara tertib rezeki rahmat kurnia Allah.
Berkat ketaatan berbudi di bumi Allah. Farid berjaya membina kejayaan sebagai seorang pengusaha laut dalam. Hasilnya Farid menempa kesenangan hidup dengan memilik beberapa buah bot nelayan laut dalam dan beberapa  kelong di tengah samudera luas.
Farid menggenggam erti rahmat dan tidak mensia-siakan rahmat kurniaan Allah padanya. Sebahagian dari kesenangan dan kemewahan hidup yang dinikmatinya dikembalikan kepada yang berhak. Antaranya Farid membina sebuah perkampungan anak-anak yatim. Kepada anak-anak yatim di perkampungan inilah Farid melepaskan rindunya yang hidup tidak bertemankan anak dan isteri.
KELONG KASIH, antara kelong yang amat disayangi Farid, Kelong ini menjadi tempat Farid mengabdikan dirinya pada Yang Maha Pencipta. Suasana indah Kelong yang terletak di tengah samudera luas benar-benar mententeramkan jiwanya. Kedamaian hidup disisi Allah terbina biarpun jauh ke dalam lubuk hatinya ada lara hidup di masa lampau.


BERTEMU KASIH

Suriani di antara peserta ‘Program Bakti Siswa’ anjuran Persatuan pelajar sebuah university yang diadakan di kampung Durian Rias. Di dalam program ini Suriani dipilih untuk menjadi keluarga angkat kepada perkampungan anak yatim Desa Al-Lail.





Dihari pertama Suriani di bawa oleh Pak Jalal ke perkampungan ini, jelas nampak wajah tidak senang pada raut mukanya. Suriani yang tidak biasa dengan suasana hidup dikelilingi oleh ramai kanak-kanak merasakan satu kelainan, kerana hidupnya sedari dilahirkan hanya bertemankan seorang ibu disebabkan oleh perpisahan ibu dan bapanya.

Suriani dibawa oleh Pak Jalal ke Kelong di tengah semudera. Selama dua hari di Kelong ini Suriani terpaksa hidup dalam suasana yang amat mencabar. Tiga hari baginya amat menyiksakan, hidupnya tidak seperti kebiasaan dengan segala kemewahan tersedia di dalam sebuah rumah yang besar, makan dan minumnya tersedia, hidupnya sentiasa dimanjakan.

Lelaki di dalam hidup Suriani hanyalah bapa saudara dan rakan-rakan yang memanjakan dan melayani kerenahnya. Tetapi kini Suriani berhadapan dengan seorang lelaki yang tidak seperti biasa yang pernah dia kenali

Suriani agak tidak menyenangi cara Farid melayaninya, kerana pendekatan Farid amat berbeza dengan lelaki yang berada di sekelilingnya sebelum ini. Farid lebih bersikap provokasi dan merencah mental dan mengasak fizikalnya.

Kerana tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan oleh dirinya di tinggalkan Pak Jalal untuk bersama Farid, Suriani terpaksa akur dan menyesuaikan diri dengan suasana di kelong itu.

Pada peringkat awal  Farid lebih bersikap memerhati segala gerak geri Suriani. Amat faham dalam dirinya bahawa Suriani yang datang dari keluarga yang senang tidak dapat menilai erti nikmat dan ramhat kurnia Allah. Suriani tidak dapat membezakan antara kehidupan di tengah kesesakan bandar dan cabaran gelombang di lautan luas.

Farid merungkaikan erti satu kehidupan kepada Suriani, hidup tidak akan senang jika hanya berharap disediakan segala-galanya. Hidup akan lebih berjaya jika bersedia menghadapi segala dugaan dan cabaran. Suriani dinasihatkan agar mengambil peluang dalam masa yang amat singkat ini supaya mengamati,menghayati dan memahami erti sebuah kehidupan.

Biarpun Suriani tepaksa melalui cara pergerakan yang kasar dan keras sepanjang berada di kelong ini, akhirnya Suriani menerima hakikat kemuliaan hidup Farid yang penuh dengan kehalusan dan kesopanan. Suriani mula tertarik dengan hujah lembut nan indah oleh Farid tentang alam dan kehidupan. Suriani mula tersedar tentang erti rahmat Allah, bila melihat Farid  bermunajat dan mengabdikan diri ke hadarat Allah. Lebih mengasyikannya bila mendengar dayuan indah suara Farid mengaji al-Quran. Suriani mula mendekati dan menyangi Farid setelah Farid mengupas erti rahmat surah al-Lail. Kasih mereka lebih berpaut bila disedari yang Suriani juga berbintikan Farid.





Biola merupakan antara teman Farid di lautan luas ini. Sesekali Farid akan menggesek biola melepaskan rindunya yang menjadi rahsia peribadi di lubuk hati. Ketika Suriani sedang berkemas untuk pulang ke tanah besar, dia terdengar lunak gesekan biola, fikirannya tercari-cari, dirasakan ada persamaan lirik gesekan biola oleh Farid dengan lirik lagu yang biasa dinyanyikan oleh ibunya. Suriani cuba mencari jawapan, bertanya pada Farid tentang lirik lagu itu. Farid hanya menjawab, mungkin kebetulan sama liriknya lagu gesekan biola dengan lagu dendangan yang pernah Suriani dengari.

Bermula di sinilah Farid bertanyakan tentang ibu bapa Suriani. Suriani menerangkan yang ibu dan bapanya berpisah semasa dirinya masih berada di dalam kandungan ibu. Di rumah dia hanya tinggal bersama ibu yang sibuk dengan perkerjaan. Tidak ada lelaki dalam hidupnya. Farid hanya menzahirkan rasa simpatinya pada Suriani. Suriani memberanikan dirinya, bertanya tentang keluarga Farid. Farid menjawab, dia tidak punyai isteri dan anak, hanya anak-anak yatim itulah penyambung zuriatnya.

Suraini memerhati ke arah laut. Bot yang dibawa Pak Jalal semakin merapat, Suriani merasa berat untuk meninggalkan kelong, dirasakan dalam masa yang amat singkat, dia perolehi erti sebuah rindu pada seorang bapa dan erti kebahgiaan sebuah kehidupan mulia. Dalam sopan Suriani menzahirkan rasa sayangnya pada Farid. Dalam penuh kasih Farid pula mempelawa Suriani  ‘ Jika sudi datanglah lagi kemari ’. Suriani bertapak meniti turun anak tangga sambil mendongak mengamati wajah Farid.

Bot yang dipandu Pak Jalal membawa Suriani semakin jauh dari pandangan Farid. Farid  berdiri termanggu melepas pandangan ke arah bot yang semakin kejauhan, menghela nafas rindu sambil mula menggesek biola. Lirik lagu gesekan biola menyering mengiringi deruan angin samudera.

Bot tiba di tebing pantai, Pak Jalal membantu Suriani turun, mereka jalan beriringan, tiba di pinggir padang Suriani terpandang Laili. Segera disapanya. Laili menoleh, Laili terkedu melihat Suriani. Masing-masing berpelukan kerana memang mengenali antara satu sama lain.  Pak Jalal memandang keliru. Laili yang baru pulang dari Indonesia pagi ini, kerana menziarahi ibunya yang  sakit. memberitahu Pak Jalal, yang dia pernah bekerja sebagai pembantu di rumah Suriani..dialah yang membesarkan Suriani.

Suriani bertanya macam mana boleh bibik Laili berada di situ. Laili bercerita bagaimana dirinya di selamatkan oleh Pak Jalal dan Farid dari menjadi mangsa sindiket. Laili juga memberitahu yang dia sudah berkahwin dengan Pak Jalal.

Suriani tersentak dan tercari-cari jawapan, bila Laili mengajukan soalan ’ bagaimana dengan bapa Suriani? ’ Merasakan yang Suriani dan Pak Jalal agak keliru dan tidak menyedari bahawa Suriani sebenarnya sudah berhadapan dengan  bapa kandungnya, Laili menarik tangan Laili, diikut oleh Pak Jalal mereka meluru naik ke atas rumah besar.





Laili membuka pintu bilik pejabat Farid di rumah besar. Suriani terpaku melihat sebuah gambar potret bersaiz besar, gambar Farid dalam pakaian seorang penyelam, gambar ini juga tergantung di dinding rumahnya. Suriani ingin mendapatkan cerita. Pak Jalal bercerita kisah perceraian ibu dan bapa Suriani. Perceraian yang berlaku hanya kerana  keluarga ibu Suriani tidak sukakan Farid yang bekerja sebagai penyelam dan kerap meninggalkan isteri kesaorangan.

Suriani berada dalam keadaan serba salah, hendak mengikut rakan-rakannya pulang atau terus tinggal di perkampungan untuk bertemu dengan bapanya. Atas nasihat Pak Jalal. Suriani terpasa pulang dahulu. Biarlah dia terangkan cerita pertemuan ini kepada Farid terlebih dahulu agar tidak terganggu kesihatannya.

Sejak kembali dari Desa al-Lail, Suriani banyak bermenung, Raihan ibunya merasa hairan melihat perubahan sikap Suriani. Bila ditanya Suriani menjawab yang dia bertemu dengan erti satu kehidupan ditengah lautan luas. Raihan rasa tersentuh bila tiba-tiba Suriani berlagu dengan lagu yang kerap bermain dibibirnya. Raihan melempar pandangannya pada potret yang tergantung di dinding. Suriani sedar lagu itu punyai kenangan buat ibunya. Suriani mendekati ibunya dan bertanya, benarkah bapa sudah mati seperti yang ibu selalu beritahu. Raihan kelihatan serba salah, Suriani inginkan kepastian, perpisahan ibu dan bapa disebabkan oleh perceraian atau kematian?...Raihan tidak menjawab. Sambil bergerak untuk naik ke tingkat atas. Suriani memberitahu ibunya yang dia bertemu dengan bapa di kelong kasih. Raihan keliru merenung dalam wajah Farid di potret yang tergantung.

Pendukung Watak dalam "Kelong kasih"